Wednesday 30 April 2014

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

Apabila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak2.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.




Saturday 26 April 2014

Apam Pisang Super Simple Hehehe...

Malam ni saya buat apam pisang, ada lebih pisang berangan yang dah terlebih masak tu trus saya buat apam pisang, sedap gak wat kudapan memalam minggu ni hehehe...resepi senang sangat. Kalau nak cuba boleh lah ikut resepi kat bawah...

Apam pisang

Bahan:
3 biji telur
1 cwn gula pasir
4 biji pisang - pisang berangan lagi bagus {lecek}
2 cwn tepung gandum*
2 s/teh soda bikarbonat*
1 cwn minyak masak

* diayak bersama

Cara:
Pukul telur & gula hingga kembang, kemudian masukkan pisang, gaul sebati. Masukkan tepung & soda bikarbonat, gaul lagi. Last sekali, masukkan minyak masak dan gaul sebati. Masukkan adunan dalam loyang yang telah digriskan dengan minyak@majerin. Kukus selama

40min ke 1jam atau hingga masak.

Friday 25 April 2014

Operasi Kemas Kemas

Hari ni masih lagi ada air...alhamdulillah dapatlah kemas and buat apa yang patut...kang dah xde air susah plak...bukan saja susah nak kemas tapi mood nak masak pun hilang. Agaknya sampai bila lah catuan air ni berakhir yer...stress tul. Dari pagi tadi mula kemas dari bahagian atas ke bahagian bawah...alhamdulillah dah hampir selesai...tinggal nak jemur baju jer. Kemas dah..masak dah...petanh ni plan nak buat kuih sikit tapi xsure lagi nk huat kuih apa..

Ais Batu Peberetku hehehe...

Salam all...saya nak share skit tentang ais batu/ais cube ni...sangat bermanfaat. Saya ni penggemar tegar ais batu..xkira la siang ke malam ke pagi ke petang ker...memang saya xkan lupa lah...lau xde ais batu memang xceria hidup hehehehe...jom sama-sama baca :-)

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 



Kredit to : ~Jj (Gempak.org)

Sama-sama Kita Amalkan

Sesiapa yang mengucapkan:

"JAZALLAHU 'ANNAN MUHAMMADAM MA HUWA AHLU"

Ia akan menyibukkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 hari (HR IMAM ATH THABRAANI)
 
70 malaikat pencatat amalan akan sibuk mencatat kebaikan selama 1000 hari untuk orang yang
mengucapkan doa tersebut..

Thursday 24 April 2014

Air Oh Air..

Sejak bulan Mac lagi air kena catu, sangat2 menyusahkan..yer lah semua nk kena jadualkan balik ape yang kena buat. Banyak kerja tertangguh, nak masak pun xder mood kalau xder air huhuhu...
Dengar2 air akan stop catu bermula minggu depan, harap2 betullah sebab dah xtahan kerja tertunggak jer.


My Princess

Permata hati mummy n daddy....